Nasional

Tiada lagi diskaun saman dari JPJ – Anthony Loke

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan memberi sebarang diskaun saman kepada orang ramai, kata Mentei Pengangkutan Anthony Loke.

Katanya, sejak beliau menjawat jawatan itu pada 2018, telah ditetapkan dasar supaya jabatan itu tidak lagi memberi pelepasan atau diskaun saman kepada pengguna jalan raya.

Katanya, sepanjang pentadbirannya, beliau sudah melupuskan lebih empat juta saman membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sekali gus mengurangkan hasil kerajaan sebanyak RM600 juta.

“Saya sudah katakan sebelum ini ketika membatalkan semua saman AES, bahawa pemberian itu adalah secara ‘one-off’. Ramai yang sambut baik tindakan itu.

“Namun selepas itu, tiada lagi diskaun akan diberikan oleh kementerian ini. Ini kerana kita beri saman untuk mendidik, namun sekiranya diberikan pengurangan seolah-olah kita boleh bertolak ansur. Ia juga tidak adil kepada individu yang membayar saman mengikut tarikh ditetapkan.

“Saya tahu orang ramai tidak gembira dengan berita ini dan akan mengkritik serta mungkin mengatakan saya ini tidak ada rasa simpati.

“Tetapi saya mohon maaf kerana bagi saya, paling penting isu keselamatan jalan raya perlu diberikan keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat reruai Kementerian Pengangkutan sempena pelaksanaan Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI, di Bukit Jalil, hari ini. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button