NasionalNegeri

Organisasi perlu wujudkan suasana kerja kondusif – Pemangku Raja Perlis

SESEBUAH organisasi khususnya di peringkat pentadbiran tertinggi perlu sentiasa memainkan peranan penting bagi mewujudkan suasana pekerjaan yang kondusif, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, jadilah pemimpin yang bersifat fleksibel, iaitu golongan yang mampu berkongsi dan menerima pendapat kakitangan, sebagai mentor yang sedia membantu apabila diperlukan, sebagai guru, penyokong dan juga sebagai pendengar aktif terhadap sebarang idea dan masalah yang dihadapi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menzahirkan amanat kepada penerima bantuan MAIPs di Masjid Ali-Imran, Ulu Pauh baru-baru ini.

Baginda bertitah, sistem ini secara tidak langsung akan menjadikan para pekerja lebih bermotivasi dan bersemangat untuk menjalankan tugas masing-masing dengan lebih baik.

Pemangku Raja bertitah, “Sense of belonging to the organisation” dalam diri individu itu pula akan bertapak sedikit demi sedikit disebabkan oleh persekitaran pekerjaan yang sihat serta akan menggalakkan lagi pekerja bekerja dengan penuh ikhlas dan terus menaburkan bakti kepada oraganisasi.

“Tidak timbul juga soal pekerja yang mendapat pendedahan dan ilmu pengetahuan kelak akan berhijrah ke organisasi lain dan persepsi sebegini perlu dibuang daripada pemikiran kita untuk memastikan kita semua terus berjaya dan melangkah ke hadapan,” titah Baginda lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM700 setiap seorang kepada 70 asnaf terpilih dari Kariah Arau 1 yang di Masjid Ali-Imran, Ulu Pauh baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan bantuan MAIPs pada asnaf di Masjid Ali-Imran, Ulu Pauh baru-baru ini.

Keberangkatan Baginda diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Di majlis berkenaan juga diadakan program Pemeriksaan Kesihatan untuk golongan asnaf yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Perlis dengan kerjasama MAIPs.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma ini terbuka kepada semua anggota masyarakat yang hadir.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs menunaikan solat asar secara berjemaah bersama-sama semua yang hadir dan turut menzahirkan pesanan agar wang sumbangan bantuan MAIPs yang diberikan haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya. – SM

BACA 40 pelajar miskin UiTM Perlis terima sumbangan MAIPs

BACA Kayuhan MAIPs Ke-45 disertai pengurusan tertinggi JKM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button