Kemalanganpilihan

Dua maut kenderaan dipandu terbabas sendiri

Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri di dalam Kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Durian Tunggal, Melaka di
sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, mangsa dikenali sebagai Che Azman Che Ismail, 51, dari Ayer Molek meninggal dunia di tempat kejadian akibat lupa parah di kepala.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 12.45 tengah malam itu mangsa dari arah pintu masuk hadapan UTeM sewaktu menuruni bukit dipercayai hilang kawalan apabila tiba
di bulatan Perpustakaan.

“Akibatnya lori jenis Daihatsu telah melanggar sebatang pokok lalu terbalik hingga menyebabkan pemandunya mengalami kecederaan parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya di sini hari ini.

Arshad berkata, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, lori berkenaan ditahan dan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan kerosakan.

Sementara itu dalam satu kejadian lain seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di bulatan Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

Dalam kejadian pukul 1.30 tenghari hari ini mangsa yang maut dikenali sebagai Sim Geok Huat, 60, dari Kuala Sungai Baru.

Arshad berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa menunggang dari arah Kuala Sungai Baru menghala ke Masjid Tanah.

“Apabila tiba di bulatan Pengkalan Balak, Masjid Tanah dipercayai mangsa hilang kawalan masuk ke dalam longkang lalu terjatuh.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” ujarnya.

Katanya, kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SM

 

 

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button