Nasional

PM Anwar Ibrahim digesa segerakan pelan anti-rasuah

TRANSPARENCY International Malaysia (TI-M) mahu pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim segera melaksanakan perkara terkandung dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP).

Presidennya, Muhammad Mohan berkata, NACP menyediakan panduan dan petunjuk jelas mengenai inisiatif menambah baik tatakelola dan amalan integriti di peringkat nasional.

“Budaya ketelusan dan bertanggungjawab tidak memerlukan sebarang tempoh tangguh. Ia harus diamalkan dengan segera.

“Inilah yang rakyat harapkan dan negara kita perlu menangani pelbagai cabaran dan menetapkan semula dirinya (reset),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, TI-M memberi jaminan akan menyokong Perdana Menteri dalam memastikan semua menteri dan Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan mengamalkan budaya itu.

“Sesiapa yang gagal memenuhi piawaian ini hendaklah diganti. TI-M kekal komited untuk melibatkan diri dengan Kerajaan Anwar Ibrahim dalam bidang tatakelola yang baik dan integriti,” katanya.

Katanya lagi, NACP merupakan dokumen apolitik digubal pada 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu dan sebahagian besarnya disahkan oleh kerajaan-kerajaan berikutnya.

Semalam, Anwar memberi amaran akan memecat serta merta mana-mana Jemaah Menteri yang terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, beliau sama sekali tidak akan berkompromi dengan budaya sedemikian dalam Kerajaan Perpaduan diterajuinya.

Mohan ketika mengulas lanjut berkata, Anwar perlu menetapkan indeks prestasi utama (KPI) kepada Menteri dan Timbalan Menteri dengan “kad laporan” dilaporkan terus kepada rakyat secara telus.

“Kad laporan ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan perpaduan yang dinyatakan untuk menjadi telus, mengamalkan tatakelola baik, membasmi rasuah dan mengamalkan akauntabiliti,” katanya. – SM

 

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button