Hiburan

Ambil sibuk tentang Emilia Hanafi, SM Faisal failkan saman fitnah terhadap Caprice

Usahawan terkenal SM Faisal,43 memfailkan saman fitnah terhadap Caprice gara-gara berkaitan hukuman penjara bekas isteri ahli perniagaan tersebut, Emilia Hanafi.

Video tersebut juga mengaitkan ahli perniagaan (Naza Group) dengan membabitkan bekas isterinya.

Tuntutan saman tersebut berkenaan yang dimuat naik oleh penyanyi tersebut yang berbau fitnah di Instagram milik penyanyi rap itu pada jun lalu.

Selaku Plantif SM Faisal menuntut agar Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, 43 untuk memadam video tersebut dan memohon maaf secara terbuka.

Malah usahawan tersebut juga menuntut kos ganti rugi dan kos lain yang berkaitan sesuai oleh Mahkamah.

Secara tidak langsung tindakan penyanyi rap tersebut, membuatkan SM Faisal dirinya tertekan dari segi emosi dan cemas serta dia juga menerima pelbagai hasutan, cemuhan dan ganguan dari pihak luar.

Susulan dari kes tersebut, menurut Caprice, sudah menerima surat saman tersebut dua bulan lalu dan sudah menyerahkan kepada peguam yang dilantik untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Semua orang ada hak untuk saman saya, saya juga sudah bersedia dengan kes ini serta menyerahkan kepada peguam.

“Saya tidak akan meminta maaf atau memadam video tersebut kerana saya sudah melihat Kembali video itu dan ternyata tidak ada sebarang kenyataan yang tidak benar telah dibuat,” katanya (sumber mstar).

Walau bagaimanapun, Caprice juga cuba membela mangsa tidak kisah sesiapa orang tersebut.

Malah sebelum ini Emilia Hanafi pernah menghantar mesej dan bukti kepada Caprice untuk membela nasibnya yang pernah dipukul menyebabkan kecederaan dan dianiaya oleh bekas suaminya, SM Faisal.

Dan pada jun lalu Emilia Hanifi terpaksa menjalani hukuman selama 7 hari gara-gara menukarkan tarikh lawatan anak.

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button