NasionalNegeri

YTSP terima RM50,000 dari AmBank, KLFW

Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menerima sumbangan sebanyak RM50,000 daripada AmBank (M) Berhad dengan kerjasama Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Pengerusi YTSP Perlis berkenan berangkat menghadiri majlis persembahan mock cek oleH Pengarah Urusan Retail Banking Ambank (M) Berhad, Aaron Loo dan Pengasas KLFW, Andrew Tan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut Aaron Loo dalam ucapan, pihak AmBank telah melaksanakan inisiatif bersama kempen jualan amal dengan kerjasama Finn Anuar @perempuanmelawanart.

Artis komik tempatan berkenaan telah merekacipta dua kemeja T “#iAmMalaysia” untuk AmBank yang menyerlahkan lagi gambaran kehidupan seharian masyarakat di Malaysia.

Katanya, sejumlah RM50,000 daripada hasil jualan baju tersebut telah dikhaskan untuk menyokong Pusat Autism di bawah Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang akan memberikan sokongan kepada inisiatif di bawah Genius Kurnia, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Di majlis tersebut, sebanyak 26 rekaan jenama ‘Khatreena’ diperagakan pada majlis makan malam Night Ready To Wear Fashionable Luxury KL Fashion Week (KLFW) yang berlangsung di Element Hotel Kuala Lumpur.

Pakaian jenama ‘Khatreena’ itu adalah rekaan Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail yang juga merupakan puteri sulung kepada Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis.

Dalam perkembangan yang sama, satu hasrat untuk menjadikan Perlis sebagai destinasi baru industri tekstil pilihan melalui usaha pemerkasaan kemahiran golongan asnaf dan B40 sedang dalam pertimbangan untuk dilaksanakan oleh pihak KLFW dengan kerjasama pihak MAIPs dan YTSP Perlis. – SM

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button