Ekonomi

Moratorium otomatik hingga akhir tahun melegakan!

TIDAK siapapun menyarankan agar moratorium secara otomatik dilakukan dalam keadaan kita semua berhadapan dengan PKP lagi.

Saranan itu dilontarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi baru-baru ini walaupun saranan itu dilakukan dalam keadaan mendesak agar mendapat perhatian daripada pentadbiran Putrajaya.

Boleh sahaja dilaksanakan moratorium sehingga akhir tahun ini, ujar Puad kerana ia akan membantu kewangan rakyat marhaen yang berhadapan dengan kesukaran kewangan.

Memetik kenyataan Puad dalam portal berita FMT, beliau berkata, pihak bank boleh mengecualikan syarikat bssar dan jutawan dalam moratorium otomatik dan pada hemat SUARA MERDEKA, rakyat biasa juga boleh diunjurkan moratorium oleh pihak bank.

Ini meliputi pembayaran pinjaman perumahan, kenderaan dan pembayaran peribadi yang dibuat di bank-bank.

Kata Puad, kalau tidak ada moratorium otomatik, rakyat yang terjejas teruk akan berhadapan dengan karenah birokrasi apabila berurusan sendiri dengan pihak bank.

Benar kerana bank akan minta itu dan ini melainkan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Barulah pihak bank akan akur dan sampai ke tahap, hubungi peminjam melalui mesej atau pesanan memaklumkan tidak perlu membayar pinjaman kerana diberikan moratorium.

Cadangan Puad, tempoh lega itu diberikan sehingga akhir tahun ini, tahun 2021 dan ia adalah satu cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh Putrajaya.

Kenyataan yang tidak diuar-uarkan tetapi mereka yang terlibat dalam bidang perbankan pasti tahu bahawa bank di Malaysia masih mencatat keuntungan besar walaupun dalam tempoh PKP dan itu dinyatakan sendiri oleh Puad ketika memberikan kenyataannya kepada FMT.

Keluh kesah rakyat datang dalam pelbagai golongan, ada yang masih belum mendapat pekerjaan baharu setelah menganggur kerana pandemik Covid-19.

Ada juga yang berniaga tetapi masih belum dapat menjalankan operasi perniagaan sepenuhnya.

Jangan lupa, golongan yang bekerja tetapi upah yang terpaksa dipotong lebih daripada separuh gaji asal kerana kesempitan kewangan.

Ini semua perlu diambil kira kerana wang simpanan pun akan menyusut jika gagal ditambah.

“Ada yang baharu menghidupkan semula perniagaan tetapi mengalami kerugian kerana pelaksanaan PKP 3.0 di saat-saat akhir,” kata Puad.

Belalah nasib kami, rakyat, dengan mencari jalan penyelesaian oleh Ahli-Ahli Parlimen semua sekiranya Parlimen dapat bersidang, tidak perlu tunggu selepas tamat tempoh atau tarikh darurat iaitu pada 1 Ogos nanti.

Menjadi warganegara yang berhemah, hanya media sosial tempat meluahkan perasaan tetapi tidak perlu bersikap ekstrim sehingga membakar suar, naik kain rentang atau banner untuk menarik perhatian pihak pemerintah.

Kalau nasib kita sendiri tidak terbela, bagaimana kita mahu membantu dengan berkesan nasib rakyat negara lain yang diinjak oleh zionis? – SM

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button