Hiburan

Anuar Zain keluar dari hibernisasi: Jayakan Makan Malam Amal – “Karena Aku Cinta”

Persembahan pada 5 Mac di IICC

OKTOBER tahun lepas, penyanyi lelaki popular tanah air, Anuar Zain sudah mula keluar dari tempoh hibernisasi gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda kita semua di awal tahun 2020.

Dua tahun pertama Covid-19 melanda dengan kaedah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali diumumkan oleh kerajaan pada ketika itu iaitu pada 18 Mac 2020 dalam usaha mengekang penularan pandemik ini, semua aktiviti nyanyian termasuk Anuar sendiri, terhenti.

Hidup direnung, dinilai dengan harga yang tidak terbayar oleh wang ringgit namun apa yang berlaku itu ada hikmah di sebalik pandemik Covid-19, kata Anuar.

ANUAR ZAIN tidak pernah gagal menarik kehadiran wartawan hiburan dan wakil media massa pada majlis sidang akhbar membabitkan kerjaya seni beliau.

Anuar adalah penyanyi lelaki ‘pertama’ bakal mengadakan persembahan secara fizikal pada 5 Mac ini bertempat di Ipoh International Convention Centre (IICC).

Majlis Makan Malam Anuar Zain – “Karena Aku Cinta” mengambil sempena judul lagu beliau, itulah majlis persembahan secara fizikal pertama selepas pergerakan kita semua dilonggarkan oleh kerajaan.

Majlis Makan Malam Amal anuar Zain – “Karena Aku Cinta” merupakan majlis makan malam yang menjual tiket pada harga RM230, RM280 dan RM380.

SIDANG akhbar menguar-uarkan persembahan Makan Malam Amal Anuar Zain – “Karena Aku Cinta” yang bakal diadakan pada 5 Mac di IICC, Ipoh bagi mengutip wang untuk disalurkan kepada keluarga barisan hadapan Negeri Perak dan penggiat seni yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Majlis amal itu bertujuan mengutip wang bagi membantu keluarga barisan hadapan atau frontliners yang mencurahkan bakti merawak para pesakit yang terkena Covid-19 di Negeri Perak.

Wang yang disasarkan sebanyak RM200,000 pada malam majlis itu nanti juga akan diagihkan kepada penggiat seni tanah air yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Oleh yang demikian, buat ‘pertama’ kalinya, Anuar Zain tampil bersama penganjur, Bond Holdings Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ong Teng Boon pada sidang akhbar yang diadakan petang semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid serta  wakil penganjur bersama  Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad.

“Saya teruja dengan persembahan amal yang bakal diadakan pada 5 Mac ini di IIC Ipoh dan saya tidak mengambil masa yang lama untuk memberi persetujuan kepada pihak penganjur tentang persembahan.

“Durasi persembahan dijangkan 40 ke 45 minit tetapi semuanya bergantung kepada aundiens dan lazimnya, persembahan saya sejam,” kata Anuar kepada sekumpulan wakil media hiburan yang hadir bagi memberi sokongan kepada Anuar Zain.

Anuar memberi jawapan mengapa beliau sanggup terima tawaran mengadakan majlis amal secara fizikal.

“Gian kerana lama tak perform (mengadakan persembahan) dan kita berhibernisasi selama dua tahun  dan untuk persembahan amal ini, bukan saya sahaja yang excited (teruja) bahkan kawan-kawan semuapun rasa excited.

“Apabila saya dan pihak pengurusan didatangi penganjur dengan hasrat mengadakan majlis amal bagi membantu barisan hadapan dan karyawan seni yang terkesan akibat Covid-19, saya suka dengan cara pendekatan mereka.

“Apabila kita suka dengan cara orang mendekati kita maka kita akan bekerjsama dengan suasana yang bagus.

“Jadi, itulah sebabnya saya tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan persetujuan bagi menjayakan Makan Malam Amal ini,” jelas Anuar yang berusia 52 tahun dan masih kelihatan segak dengan imej rambut panjang.

Ya, Anuar Zain mengakui beliau menyimpan rambutnya selama dua tahun dan rambut panjangnya itu menampakkan ketrampilannya sebagai lelaki macho!

Dalam majlis sidang akhbar yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bond Holdings Sdn. Bhd, Ong Teng Boon berkata, majlis persembahan amal tersebut yang akan diadakan satu malam sahaja, turut mendapat sokongan Tourism Negeri Perak.

“Ini sebagai permulaan kita membantu keluarga barisan hadapan dan hasil daripada kutipan amal pada malam itu nanti, selepas ditolak kos, akan diberi kepada keluarga frontliners,” katanya.

Beliau berkata, apabila tiga pengajung berganding bahu dan mendapat pula sokongan dengan kehadiran Tengku Raja diHilir dan Tengku Raja Puan Muda Perak, acara yang akan diadakan itu nanti diharap mendapat sambutan.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pihak penganjur semestinya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk pemakaian pelitup muka.

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK VISUAL MAJLIS SIDANG AKHBAR ANUAR ZAIN:

https://youtu.be/-LEedWMN7Js

Katanya, walaupun dewan IICC berkeluasan 32,000 kaki persegi boleh memuatkan antara 250 ke 280 meja namun pihaknya hanya akan menyediakan 40 peratus sahaja meja untuk Makan Malam Amal Anuar Zain.

“Kita sedar SOP mesti dipatuhi dan tidak mahu mengambil risiko dengan melanggar SOP.

“Jadi apabila kita hanya meletak meja 40 peratus, bukan 50 peratus, maka kita akan ada lebih kurang 900 orang dengan satu meja diletakkan enam orang sahaja,” katanya sambil menambah, tiket-tiket akan mula dijual mulai 4 Februari ini. – SM

(Visited 622 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button