Nasional

YKS lancar Halal Markerplace pasar produk, perkhidmatan halal

YAYASAN Keusahawan Sosial (YKS) mengorak lebih jauh dalam e-dagang ekoran pelancaran Halal Marketplace atau Pasar Raya Halal atas talian yang berasas produk dan perkhidmatan halal.

Pengarahnya, Amirul Shakirin Amar berkata, produk dan perkhidmatan halal ini dijangka akan menjadi tumpuan kepada  pembeli dan peniaga di negara-negara di Asia Tenggara dan Timur Tengah.

TUANKU SYED FAIZUDDIN melihat produk yang dipamerkan sempena pelancaran “Malaysia Halal Marketplace” di UniMAP., Arau, Perlis, petang semalam.

“Sekaligus ia dapat mempromosi produk dan perkhidmatan halal kepada bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran dan Perasmian Myhalalria “Malaysia Halal Marketplace 2022” anjuran YKS, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kampus Tetap Pauh Utara di Arau, petang semalam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts Dr. Zuliman Sauli.

Amirul Shakirin berkata, YKS juga bercadang mencetuskan Syer Perlaksanaan Platform Halal Marketplace ini ditawar dalam bentuk Wakaf dan Amal Jariah.

Sehubungan itu, katanya, umat Islam akan menganggap Halalria Marketplace milik mereka juga dan bukan seratus peratus milik YKS.

Tambah beliau, antara cadangan lain YKS juga akan menawarkan pemegang syer ekuiti kepada Majlis Agama Islam di negeri ini. – SM

(Visited 340 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button