Nasional

YHA Travel saman Azmin kerana pinangan ditolak?

“BIAR. Ini serah kepada peguam.” Ini respon Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas dakwaan kononnya kes saman tunggakan bil pelancongan oleh agensi pelancongan YHA Travel & Tours terhadapnya disebabkan pinangan keluarga pemilik syarikat itu ditolak.

Isu pinangan itu dibangkitkan oleh bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin di Facebooknya yang mendakwa Mohamed Azmin diheret ke mahkamah kerana menolak hasrat pemilik agensi pelancongan itu untuk meminang anak perempuan Timbalan Presiden PKR itu.

 “Jadi kalau nak selesai, kena terima pinangan lah?” Soal Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ketika diajukan perkara tersebut

Badrul Hisham dalam Facebooknya menulis: “Keluarga YHA ini sakit hati lepas Haji Ayub dan isterinya Yasmin melamar anak perempuan Azmin dan mereka rasa terhina lepas lamaran ditolak Azmin sekeluarga… Oooo… Jadi Haziq Ayub turut terlibat edit video fitnah bakal bapak mertua tak jadi la nie ye!!!”

Sarawak Report mendedahkan Mohamed Azmin diheret mahkamah minggu lalu atas dakwaan gagal membayar bil pelancongan lebih RM300,000 termasuk lawatan peribadi keluarganya dan dirinya ke Sandakan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu Mei lalu.

Portal itu memetik dokumen difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah itu termasuk tambang penerbangan Azmin dalam tempoh enam bulan.

Azmin pada Rabu lalu berkata, beliau akan membayar apa sahaja bil perjalanan yang beliau masih terhutang.

Ini susulan laporan yang mendakwa agensi pelancongan memfailkan saman di mahkamah menuntut lebih RM300,000 untuk bil perjalanan yang belum dijelaskan. – SM

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button