Ekonomi

Yew Lee catat hasil RM6.1juta pada suku ketiga

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Yew Lee Pacific Group Berhad (Yew Lee atau Kumpulan), pengeluar berus industri serta perkakakan perdagangan dan alat ganti jentera industri, hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM6.10 juta untuk suku ketiga berakhir 30 September 2022.
Tiada perbandingan pada asas tahun ke tahun kerana Kumpulan telah disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 7 Jun 2022.
Bagi suku dalam tinjauan, Yew Lee melaporkan keuntungan kasar sebanyak RM2.12 juta manakala mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM0.96 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM0.76 juta.
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2022, Kumpulan mencatatkan hasil RM24.35 juta sambil merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM0.39 juta dan kerugian selepas cukai sebanyak RM0.41 juta.
Aktiviti perkilangan menyumbang RM3.84 juta kepada jumlah hasil manakala aktiviti perdagangan menyumbang RM2.27 juta pada S3 TK2022
Pengarah Urusan Yew Lee, Ang Lee Leong berkata, Kumpulan terus mengekalkan dan menjana keuntungan daripada operasi.
Perlu diingat bahawa melucutkan perbelanjaan penyenaraian sekali sahaja sebanyak RM2.70 juta, Kumpulan akan melaporkan PBT 9M 2022 sebanyak RM3.0 juta.
“Rancangan segera Kumpulan adalah untuk mengurangkan kebergantungannya kepada industri sarung tangan getah dengan mencari peluang dalam industri semikonduktor, kayu, kaca dan pertanian. Kami digalakkan oleh kestabilan politik daripada pelantikan Perdana Menteri baharu, dan kami berharap kerajaan baharu akan menyokong ekonomi dengan dasar dan langkah yang kukuh.”
“Selain mempelbagaikan pangkalan pelanggan kami, yang akan mengambil masa, Kumpulan juga meningkatkan kecekapan pembuatannya dan mengautomasikan proses pembuatan dengan memperoleh mesin dan peralatan automatik tambahan untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang perniagaan. Kami juga memperluaskan perdagangan perkakasan dan alat ganti jentera industri terutamanya di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Malaysia dan, berkembang ke lebih banyak pasaran di luar negara.” katanya di sini hari ini.
Pasaran luar negara Kumpulan termasuk Thailand, Vietnam, Indonesia dan Taiwan, yang menyumbang kira-kira satu perempat kepada jumlah hasil pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button