Mahkamah

Saksi ke-85 setuju semua dana untuk kebajikan

Kes perbicaraan Ahmad Zahid

SAKSI pendakwa ke-85, Sothilechmy A/P Veerapan bersetuju dengan soalan balas peguam Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Hisyam Teh Poh Teik semua dana yang masuk melalui firma Lewis&Co memang untuk kebajikan.

Beliau berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dihadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah yang bersidang bagi kes perbicaraan membabitkan Presiden UMNO itu.

Saksi ini juga bersetuju, ada dokumen sokongan yang menyokong bahawa dana-dana tersebut adalah untuk tujuan membina masjid.

Kata saksi itu lagi, sebagai akauntan di firma Lewis&Co, tugasnya ialah memasukkan cek seperti yang diarahkan oleh Murali.

Sothi dipanggil semula hari ini untuk memberi keterangan dan dia dilepaskan dan dibebaskan selepas barisan pendakwaan selesai bertanya soalan dan peguam membuat pemeriksaan balas terhadapnya. – SM

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button