Politik

MCA tak bertanding PRN di enam negeri

BERTANDING letak calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pun kalah, kalah, kalah, langkah wajar lagi bijak diambil oleh parti MCA, parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN ialah Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang pada 12 Ogos, hari mengundi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Apabila gendang PRN semakin kuat kedengaran paluannya, apabila bau-bau nak kalah sudah hampir-hampir mencecah lubang hidung, elok benar bila Jawatankuasa Pusat MCA dalam mesyuaratnya hari ini mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam PRN.

Memetik kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang memberi alasan jitu mengapa tidak ada calon MCA bertanding pada PRN yang sudah hampir ialah kerana mahu beri tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti.

Bagus MCA ini kerana ukur baju pada badan sendiri dan tengok cermin supaya tahu di mana kedudukan mereka.

Keputusan ini dicapai selepas perbincangan secara mendalam dan analisis serta mengambil kira situasi politik semasa di mana parti akan melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula.

“Dalam tempoh ini, MCA akan lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi PRU16,” katanya.

Suka atau tidak, pengaruh MCA dalam kalangan para pengundinya sudah semakin lama semakin kendur.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, MCA akan memainkan peranan sebagai parti komponen BN dengan fungsi membantu calon-calon parti komponen BN dalam PRN 6 negeri ini.

Kata Chong, “ditegaskan bahawa MCA berpegang teguh kepada falsafah penubuhan parti kami iaitu mana-mana keputusan yang diambil parti haruslah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesederhanaan, kebebasan dan demokrasi di samping menjaga hak dan kepentingan rakyat sebagai agenda utama kami.” – SM

BACA MCA bukan parti oportunis politik – Ti Lian Ker

BACA PRN Johor: Undi Cina kalau bukan untuk MCA, untuk siapa?

 

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button