Politik

YB Fahmi pun kena titik macam YB Zahid

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan hari ini yang tidak menunaikan janji geran RM3.5 juta untuk parlimen masing-masing.
Menurut beliau, seperti Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang yang lain, tahun ini pejabat beliau dinafikan sejumlah peruntukan untuk membantu kerja-kerja memberi khidmat kepada penduduk di Lembah Pantai.
Kata beliau, ini termasuklah RM300,000 untuk mengurus pejabat, serta RM3.5 juta untuk sumbangan dan geran kepada warga Lembah Pantai.
“Semalam pejabat saya dimaklumkan kami akan diberi peruntukan RM100,000 (serupa 5 Ahli Parlimen UMNO yang ‘dititik’ PN), tetapi ini bukan untuk pejabat. Baki RM3.4 juta itu serta RM300,000 dana mengurus itu tidak tahu ke mana pergi. Atau pihak mana yang dapat,” katanya.
Menurut beliau, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masih mampu menerima bantuan dari kerajaan negeri.
“Kami di Kuala Lumpur tidak mendapat bantuan serupa. Oleh itu, saya dan rakan-rakan pasukan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai perlukan bantuan warganet.
“Jika anda atau kenalan berminat untuk memberi sebarang sumbangan ke arah kerja-kerja pasukan Pejabat Ahli Parlimen, ini adalah info akaun bank: PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN LEMBAH PANTAI (Maybank 564128345008).
“Segala dana yang diraih akan diumum, dan segala program dan aktiviti akan diterbitkan secara berkala. Saya konsisten dalam menerbit kad laporan tahunan, dan akan terus berbuat demikian,” katanya.
Nampaknya nasib Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sama dengan nasib Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
(Visited 1,068 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button