AgamaNasionalNegeriUncategorized

Forum “Rasulullah S.A.W: Cinta, Ikutan atau Slogan” sempena Zikra Rasul Peringkat Negeri Perlis

FORUM Zikra al-Rasul bertajuk “Rasulullah S.A.W: Cinta, Ikutan atau Slogan” menjadi acara kemuncak sempena Bulan Zikra Rasul Peringkat Negeri Perlis.

Majlis ini diadakan selepas solat Maghrib di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Ahli panel forum ini terdiri dari Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Pendakwah Antarabangsa, Datuk Sheikh Mohd Hussain Yee serta Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Ustaz Mohd Rizal pula bertindak sebagai moderator.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menghadiri program berkenaan.

Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan kerjasama MAIPs, Jabatan Mufti Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) serta media dakwah PROMediaTAJDID dan Suara Sunnah. – SM

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button