Nasional

Jurutera kerugian RM11,530 akibat penipuan tiket konsert Taylor Swift

SEORANG jurutera berusia 50 tahun dari Kuching, Sarawak kerugian RM11,530 ketika cuba membeli tiket dalam talian untuk konsert Taylor Swift di Singapura tahun depan.

Ketua Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam satu kenyataan semalam berkata pada 6 Julai, lelaki itu cuba membeli tiket melalui media sosial dari laman web yang mendakwa ia menjualnya.

“Dia membeli tiga tiket bernilai RM11,530 melalui pembayaran dalam talian.

“Dia membayar ke dalam akaun bank yang disediakan oleh laman sosial itu.

“Dia menyedari ditipu apabila tidak dapat menghubungi penjual tiket selepas membuat pembayaran,” kata Azman sambil menambah mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

Swift’s The Eras Tour mengadakan persembahan secara langsung di Stadium Nasional Singapura pada enam tarikh pada Mac tahun depan.

Tiket untuk kesemua enam malam telah habis dijual dalam tempoh lapan jam pada 7 Julai. -SM

Baca juga : Anwar penyelamat UMNO

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button