AgamaNegeriRencah Hidup

Raja Puan Muda rasmi Majlis Tadabur dan Khatam al-Quran 1445H

Keberangkatan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen disambut para hadirin pada Majlis Tadabur dan Khatam Al-Quran 1445H’ di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Jalan Batu 5, Kuala Perlis.

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Tadabur dan Khatam Al-Quran 1445H’ di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Jalan Batu 5, Kuala Perlis.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Pertubuhan Khidmat Wanita Negeri Perlis (PERWANIS), Datuk Mastika Junaidah Husin.

Program ini dianjurkan oleh PERWANIS dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Mastika Junaidah dalam ucapannya menyatakan, program Tadabur dan Tadarus di bulan Ramadan ini telah dianjurkan sejak 40 tahun yang lalu di bawah naungan Almarhumah Raja Perempuan Besar Perlis, Tuanku Tengku Budriah Tengku Ismail sebagai Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perlis.

“Pada tahun ini penyertaan kumpulan yang bertadarus di seluruh negeri Perlis adalah terdiri dari 62 pasukan dan semua peserta adalah seramai 954 orang,” katanya.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menerima cendera kenangan pada Majlis Tadabur dan Khatam Al-Quran 1445H’ di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Jalan Batu 5, Kuala Perlis.

Beliau berkata, sebahagian besar peserta adalah dari kumpulan yang bertadarus di masjid-masjid di seluruh negeri Perlis.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen juga berkenan untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan kumpulan Tadarus kepada Wakil Parlimen Arau, Wakil Parlimen Kangar, Wakil Parlimen Padang Besar dan Wakil Persatuan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Majlis itu turut diserikan lagi dengan upacara pemotongan kek sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Puan Muda Perlis yang jatuh pada 28 Mac baru-baru ini dan juga persembahan dari kumpulan nasyid.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan hadir merasmikan Majlis Tadabur dan Khatam Al-Quran 1445H’ di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Jalan Batu 5, Kuala Perlis.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen menzahirkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan kepada Baginda seisi keluarga dan juga kepada mereka yang mempersembahkan ucapan selamat menyambut hari ulangtahun keputeraan baginda baru-baru ini melalui pelbagai medium termasuklah cenderahati, kad, surat, whatsapp dan pesanan khidmat ringkas (SMS) yang tidak sempat baginda jawab satu persatu. – SM

BACA Bersama fahami al Quran dan hadis-Raja Muda Perlis

(Visited 20 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button