Hiburan

“Kak Lin, terima kasih atas penganiayaan ini,” – Suria FM tidak sambung kontrak Tyzo

Juruhebah Suria FM, Tyzo tidak disambung kontraknya selepas memenangi anugerah Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35) Julai tahun lalu.

Daripada sisi Tyzo, ada yang berkata bahawa perkara itu mungkin berpunca daripada rasa cemburu nama Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin.

Mana tidaknya, DJ Lin bukan hanya meraih trofi Penyampai Radio Popular pada ABPBH 29 malah berjaya kekal dalam tiga edisi berturut-turut iaitu pada edisi ke-32, 33 dan 34.

Tiba-tiba datangnya Tyzo yang dikatakan membuat pencalonan diri sendiri tanpa melalui cadangan daripada orang atas stesen radio yang menjadi kontroversi ketika ini.

Cuba meredakan kontroversi ini, DJ Lin memaklumkan satu sidang media khas akan diadakan oleh pihak Suria FM pada 19 Januari minggu depan untuk menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Dari sudut lain, ada cerita tentang Tyzo yang dikatakan memohon kenaikan gaji selepas memenangi anugerah Penyampai Radio Popular.

Permohonan Tyzo disifatkan agak berat dan tidak dapat ditunaikan pihak stesen radio termasuk mengekalkan Tyzo sebagai juruhebah di situ.

Lagi pun Tyzo sudah hampir dua dekad berkecimpung dalam industri radio, pernah meninggalkan Suria FM pada 2012. Namun, Tyzo kembali semula ke stesen berkenaan pada 2016.

Tyzo menyertai dunia penyiaran menerusi stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004.

Dia pernah menyumbang khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.

 

 

(Visited 3,123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button