Nasional

Yassin Hour antara program sempena Hari Wilayah, esok

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan beberapa program sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2020 yang turut melibatkan penyertaan masjid-masjid dan institusi pendidikan Islam di bawah seliaan JAWI seperti berikut :

1. Program Yassin Hour secara dalam talian secara serentak melibatkan semua institusi pendidikan Islam di bawah seliaan JAWI pada 29 Januari 2021 (Jumaat), jam 9.00 pagi dan 3.00 petang.

2. Program Wilayah Persekutuan Bermunajat secara serentak di semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 30 Januari 2021 (Sabtu), selepas solat Maghrib, secara dalam talian serta bersiaran langsung melalui facebook rasmi JAWI dari Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur.

3. Forum Perdana Ehwal Islam secara dalam talian pada 31 Januari 2021 (Ahad), jam 9.00 malam dengan tajuk ‘Masyarakat Cakna, Wilayah Sejahtera’ membariskan ahli panel tersohor tanah air yang turut disiarkan secara langsung melalui facebook rasmi JAWI.

4. Forum Perdana Ehwal Islam secara serentak di 9 buah masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 5 Februari 2021 (Jumaat), jam 9.00 malam secara dalam talian.


5. Khutbah Jumaat Khas bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin’ yang akan dibacakan di semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 5 Februari 2021.

JAWI amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat Islam terutamanya di Wilayah-Wilayah Persekutuan di dalam semua program yang dianjurkan secara dalam talian selaras dengan norma baharu. Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT mengurniakan kesejahteraan serta memelihara warga Wilayah Persekutuan dan negara Malaysia amnya dari segala bencana dan wabak yang melanda.

(Visited 108 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button