NasionalParlimen

Malaysia tidak iktiraf keputusan Amerika kenakan sekatan unilateral

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan secara unilateral terhadap individu, agensi atau negara lain yang memberi sokongan kepada Hamas.

Beliau berkata, sebaliknya pendirian Malaysia hanya mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bersifat multilateral.

“Pertamanya, kita tidak bersetuju dengan cara yang dibuat Amerika Syarikat dan keduanya, ia tidak mempengaruhi dasar dan keputusan kita,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini seperti dilaporkan Bernama.

Anwar menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ingin tahu pendirian Kerajaan berhubung tindakan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas untuk mengenakan sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas serta pergerakan Jihad Islam Palestin baru-baru ini.

Perdana Menteri  Anwar berkata, beliau telah menghubungi beberapa negara sahabat dan negara Islam yang turut memberi pandangan yang sama dengan Malaysia untuk tidak mengiktiraf perkara itu. – SM

BACA Inti pati lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat

BACA Kerajaan pantau rang undang-undang AS berhubung sekatan terhadap penyokong asing Hamas

(Visited 33 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button