fbpx
NasionalNegeri

Yang Dipertua Melaka terima kunjungan hormat Menteri Komunikasi dan Multimedia

Kunjungan pertama selepas dilantik Menteri KMM

YANG Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Ali Rustam hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka..

Turut hadir pada pertemuan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Suriani Ahmad.

Memetik laporan BERNAMA, dalam kunjungan lebih sejam bermula 10 pagi tadi, Mohd. Ali turut menerima cenderahati berupa kain tenun Pahang daripada Saifuddin.

Saifuddin berada di Melaka sempena lawatan kerja kali pertama beliau ke negeri ini selepas dilantik sebagai Menteri di KKMM.

Terdahulu, beliau yang tiba di Seri Negeri pada pukul 9.30 pagi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.


Kedatangan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.

Show More

Related Articles

Back to top button