Luar Negara

Presiden Turkmenistan arah ‘pintu neraka’ dipadam

PRESIDEN Turkmenistan, Gurbanguly Berdymukhamedov telah mengarahkan kerja memadam kawah gas berapi yang dikenali sebagai pintu neraka atau ‘The Door to Hell’ dilakukan segera.

Kawah itu dikatakan terbentuk pada awal 1970-an, apabila tanah runtuh semasa ekspedisi penggerudian gas Soviet.

Para saintis dilaporkan terpaksa menyalakan api pada lubang besar itu kerana bimbang gas beracun boleh mengancam manusia dan hidupan liar di kawasan tersebut.

Walaupun kini kawah tersebut telah menjadi tarikan pelancongan, Berdymukhamedov telah meminta kabinetnya mengumpulkan para saintis termasuk pakar asing untuk mencari cara penyelesaian bagi menutup pintu neraka itu.

Berdymukhmedov mahu perkara itu dilakukan segera kerana mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan serta merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan eksport gas.

Selain itu, beliau berkata kawah tersebut telah menyebabkan negara itu kehilangan sumber semula jadi yang berharga, yang boleh dijual ke negara luar dan wang tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Turkmen.

Kawah gas berapi itu mempunyai lebar 60 meter dan terletak berhampiran perkampungan Darvaza, kira-kira 270 km dari ibu kota Turkmen, Ashgabat. -SM

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button