Nasionalpilihan

Sulaiman sekadar minta maaf

Usaha pengamal media di Melaka untuk mendapatkan kenyataan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berhubung perletakan jawatanya sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 terus gagal.

Sebaliknya Sulaiman sekadar mengangkat tangan dan memberikan isyarat memohon maaf ketika kenderaan rasminya melintasi petugas media yang berkumpul di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka sejak pukul 7.30 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu dilihat keluar menaiki kenderaan rasmi jenis

Mercedes Benz berwarna hitam bernombor pendaftaran MCM1 sekadar membuka tingkap sebelum memberikan isyarat tangan meminta maaf sambil berlalu menuju ke Seri Bendahara.

Terdahulu, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dilihat memasuki pejabatnya pukul 9.00 pagi tadi.

Difahamkan beliau hadir untuk berjumpa kakitangan dan tidak meneruskan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka.

Hari terakhir Sulaiman berkhidmat sebagai pemimpin nombor satu di Melaka dipercayai adalah hari ini, memandangkan beliau masih memasuki pejabatnya di Seri Negeri menggunakan kenderaan rasmi.

Sejak semalam spekulasi pertukaran tampuk kepemimpinan kerajaan negeri terjawab apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan peletakan jawatan Sulaiman.

Menurutnya, beliau sudah bertemu Sulaiman kelmarin dan menyerahkan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka bagi memilih calon Ketua Menteri yang baharu. – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button