Rencah Hidup

Dari seorang jurutera ke pemilik Mom’s House

SETIAP perkara  terjadi atau dilakukan pasti ada asbab terselindung. Benar hal itu sendiri diakui sendiri orang kuat jenama perniagaan, Mom’s House, Hilmi Hamid.

Mendaftar jenama itu di bawah syarikat Faby Famy Sdn Bhd  beribu pejabat di Shah Alam sejak 21 September 2015, Hilmi bersama isteri tercinta percaya  setiap usaha dan punca rezeki dilorongkan Tuhan ada berkat tersendiri.

Percaturan Hilmi dan isterinya yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan tetapi memilih untuk ke dunia niaga turut menterjemahkan rasa yang tidak dapat diungkap dengan kata kata.

Jenama yang khusus menjual  produk berkaitan keperluan bakal ibu dan anak itu kini menjadi pusat sehenti atau one stop centre sama ada melalui stor fizikal atau dalam talian yang sangat praktikal kepada pengguna.

Kata Hilmi, dia asalnya memulakan kerjaya sebagai jurutera  di sebuah syarikat terkenal.

Bagaimanapun tujuh tahun selepas itu dia memilih untuk membantu sepenuh masa perniagaan Mom’s House bersama isteri.

“Ikutkan masa bekerja sebagai jurutera lagi, saya akan membantu perniagaan diusahakan isteri secara sambilan.  Awalnya isteri menjual produk kesuburan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

“Perkahwinan kami pun tidak dikurniakan anak dengan segera. Hanya selepas empat tahun kahwin dan asbab menjual produk kesuburan, Tuhan kurniakan rezeki anak. Kini kami sudah ada dua anak,” katanya.

Hal sama juga berlaku kepada permulaan penerokaan Hilmi dan isterinya terhadap dunia perniagaan produk ibu dan anak itu.

“Sebelum dan selepas dikurniakan cahaya mata, saya dan isteri juga melalui fasa sama seperti ibu bapa yang lain. Jadi kami  memahami  kesukaran dirasa dan tahu apa yang diinginkan golongan ibu bapa.

“Kadang sukar mendapatkan produk ibu dan anak di satu tempat sama. Jadi daripada situ, kami memikirkan untuk bina perniagaan pusat sehenti yang menjual keperluan ibu dan anak. Maka lahirlah Mom’s House.

“Penyertaan minit akhir di sebuah ekspo bayi di Putrajaya juga banyak meyakinkan kami untuk merealisasikan perniagaan berkenaan. Selama tiga hari di eskpo itu jadi tempoh terbaik saya dan isteri kutip dan belajar ilmu niaga,” katanya.

Kini selepas tujuh tahun, legasi perniagaan berkenaan terus berkembang hingga memiliki tiga stor fizikal di Shah Alam, Putrajaya dan beberapa cawangan di Bangi, Teluk Intan Perak dan Sabah.

“Selain itu kami juga fokus kepada dalam talian termasuk platform beli belah ‘online’ Shopee. Insya-Allah dengan kepesatan ruang niaga dalam talian dan stor fizikal, kami sasar jualan 3 juta tahun ini.

“Di Sabah sendiri kami ada dua cawangan. Yang pertama dibuka di Tawau. Yang kedua dibuka baru baru ini di Lahad Datu. Kami juga anjur tawaran istimewa bersempena pelancaran laman sesawang www.momshousehq.com/launching-promo,” katanya.

Perniagaan ini asalnya memberi tumpuan lebih kepada produk bayi. Bagaimanapun selepas satu tempoh waktu, Hilmi dan isteri mengimbangi produk untuk ibu dan anak secara sama rata.

Malah jenama ini pernah diiktiraf majalah Pa & Ma dan boleh dirujuk menerusi pautan
https://fb.watch/bbw2q7m09S/

“Rupa rupanya keperluan produk bakal ibu lebih banyak permintaan. Selain Mom’s House, di bawah syarikat kami juga diterbitkan produk Seri Mama, Chu Chu, Bainrboo dan LaBoo. Tak ketinggalan jenama luar terpilih turut dijual di stor fizikal dan cawangan.

“Misi dan visi kami sendiri nak bantu bakal ibu dan bapa dalam menyediakan keperluan menyambut anak mereka.  Juga ibu bapa bekerjaya. Anggaplah berkunjung ke Mom’s House seperti ke rumah mak sendiri untuk mendapatkan nasihat berguna menjadi ibu bapa terbaik,” katanya. -SM

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button