Alam Sekitar

Luruan monsun: Orang ramai perlu peka, tangguh aktiviti riadah luar

SUSULAN ramalan berlakunya luruan monsun bermula hari ini, orang ramai di pantai timur dan utara Sabah dinasihatkan untuk menangguhkan aktiviti riadah luar seperti berkelah, berkhemah di kawasan pinggiran sungai atau aktiviti pendakian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah, Md Ali Ismail berkata, luruan monsun yang membawa angin sejuk dari Siberia, diramal mengakibatkan hujan berterusan terutama di kawasan pantai timur dan utara Sabah.

“Orang ramai yang tinggal di kawasan tersebut dinasihatkan untuk lebih peka dan sentiasa berwaspada. JBPM Sabah telah diletakkan dalam keadaan lebih bersiap siaga, dengan meletakkan aset-aset berkaitan di lokasi strategik dengan lebih awal,” katanya menerusi satu kenyataan.

Md Ali berkata, hujan berterusan berpotensi untuk berlakunya banjir, tanah runtuh dan lain-lain kejadian yang tidak diingini.

Tambah beliau, JBPM Sabah membuat pemantauan dari semasa ke semasa, selain berkoordinasi dengan agensi lain di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri, untuk bertindak balas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Pada Khamis lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan luruan monsun bakal berlaku pada 27 hingga 30 Disember dan akan menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

Menurut MetMalaysia keadaan itu boleh menyebabkan hujan berterusan di Johor, Sabah dan Sarawak dalam tempoh 28 hingga 30 Disemnber ini.-SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button