Hiburan

Yana Samsudin selamat lahirkan anak kedua

PELAKON, Yana Samsudin selamat bersalin anak kedua iaitu seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor, pagi tadi.

Berita gembira itu diumumkan Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 36, menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi beserta foto bersama dua cahaya matanya dan suami, Fadzil Zahari.

Yana yang juga cukup dikenali dalam dunia permainan video turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatannya serta bayi yang baru dilahirkan.

“Terima kasih juga buat Dr. Norliza, Pakar Gynaecologist KPJ Batu Pahat dan seluruh pasukannya.

“Servis yang baik dan selesa buat kami sekeluarga. Bersalin di sini siap dapat carseat serta gubahan bunga dan buah-buahan.

“Alhamdulilah sekali lagi Yana doakan buat ibu-ibu yang masih menanti untuk hamil anak pertama dan seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Yana turut memaklumkan yang dia akan berehat selama dua bulan daripada dunia seni dan permainan video.

Pelakon filem Adnan Sempit itu mendirikan rumah tangga dengan adik kepada Farid Kamil pada 13 Februari 2015 di Yong Peng, Johor.

Pasangan itu turut dikurniakan seorang anak lelaki, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun. -SM

(Visited 540 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button