MahkamahNasional

Bekas Presiden JCorp tak mengaku perdaya pelaburan RM9.46 juta

BEKAS Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, hari ini atas dakwaan memperdayakan Ahli Lembaga Pengarah JCorp melibatkan pelaburan RM9.46 juta di dua syarikat, tiga tahun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Kamaruzzaman bersara daripada Jcorp berkuatkuasa 31 Disember 2019 selepas berkhidmat dengan perbadanan itu hampir tiga dekad dengan pelbagai peranan dalam bidang kewangan.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi pada 2006 yang melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketika itu, Muhammad Ali Hashim sebelum mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Disember 2010.

Ketika mengumumkan persaraannya pada 12 Disember 2019, Jcorp memaklumkan, sepanjang 27 tahun berkhidmat termasuk sembilan tahun menerajui perbadanan itu, Kamaruzzaman telah mengubah JCorp sebagai konglomerat terbesar milik kerajaan Johor kepada badan pelaburan kerajaan negeri paling dinamik dalam negara. – BERITA HARIAN – SM

 

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button