Nasionalpilihan

Komunikasi efektif tingkatkan produktiviti negara – Raja Muda Perlis

PROSES komunikasi yang efektif dan berkesan mampu mempertingkatkan produktiviti negeri dan negara, sekaligus menjana keberhasilan optimum.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan penutupan “Kursus Komunikasi Efektif Melalui Lakaran” anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Dewan Kuliyyah MAIPs Behor Temak, Kangar semalam.

Keberangkatan baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hazman Hassan.

Turut berangkat ialah anakanda-anakanda baginda berdua, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, penyampaian sesuatu maklumat dengan jelas serta penerimaannya dengan maksud yang tepat sudah pasti akan menjimatkan masa, tenaga serta menjamin kos yang efektif untuk negeri dan negara.

“Sebagai contoh, sesuatu organisasi akan mampu berdaya saing dan lebih terkehadapan apabila halatuju di peringkat kepimpinan tertinggi dapat difahami oleh seluruh warganya di segenap peringkat dengan jelas. Bahkan, organisasi tersebut juga akan lebih produktif apabila setiap warganya, dapat menyalurkan saranan kepada pihak berwajib dengan tepat demi kecemerlangan bersama,” titah Tuanku Raja Muda.

Kursus selama dua hari ini merupakan sebahagian daripada program sampingan mengambil sempena ‘Dua Dekad Pemerintahan Raja Perlis dan Dua Dasawarsa Pemasyhuran Raja Muda Perlis’ yang disekalikan dengan ‘Sambutan Satu Kurun MAIPs’ yang diraikan pada tahun 2020 ini.

Di akhir sesi bermatlamatkan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme pengurusan MAIPs dan agensi-agensi agama Islam bersamanya, selain turut mensasarkan penyertaan daripada guru-guru terpilih sekolah menengah di seluruh negeri Perlis berkenaan, baginda berdua turut berkenan menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada 60 peserta selain turut berkenan mendengar taklimat hasil kursus daripada Pengasas Drawzania.com, Dr. Ruzaimi Mat Rani.

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button