Nasional

Keselamatan negara tanggungjawab bersama – Raja Muda Perlis

Sungguhpun tugas mempertahankan negara merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan, kewajipan untuk memastikan bahawa pasukan berkenaan mampu menghadapi cabaran adalah tanggungjawab nasional.

Menyedari betapa pentingnya kerjasama serantau dan bantuan luar, maka dasar keupayaan berdikari seharusnya terus menjadi tonggak pertahanan negara.

Justeru, negara perlu terus berusaha ke arah meningkat, memperkasa serta membangunkan lagi keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di samping menggalakkan kesedaran pertahanan dan semangat patriotik di kalangan rakyat jelata.

Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyertai aktiviti kayuhan ‘Paluan Berundur Brigedier Jeneral Hassan Embong’ sejauh 12km yang bermula dan berakhir di perkarangan Surau al-Kawkaba, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer.

Program anjuran Markas Ke-30 Briged Infantri Tentera Darat Malaysia dengan kerjasama pihak Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tersebut disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Bilangan ke 57 bagi tahun 2020’.

Sebanyak tiga lagi buah rumah asnaf terpilih disinggahi dan diserahkan sumbangan agihan zakat MAIPs oleh baginda.

Turut disantuni ialah tujuh keluarga golongan yang memerlukan dari kalangan masyarakat Siam di Wat Sammak Song Kampung Guar Nangka yang disumbangkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan juga markas briged tersebut.

(Visited 609 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button