Politik

Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan ‘manifesto’ Warisan Sandakan

CALON-calon Warisan Plus Sandakan mengetengahkan lima agenda utama dalam manifesto yang disepakati untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk daerah itu.

Tujuh calon Warisan Plus di Sandakan berkumpul di Kampung Sim Sim, Tanjong Papat semalam melancarkan “Sandakan Berpadu, Sabah Baharu” yang akan memberi sinar baru buat Sabah, khususnya daerah Sandakan.

Lima agenda utama dalam manifeto itu adalah Mewujudkan lebih banyak peluang kerja untuk warga tempatan,
Menambah baik sistem pengangkutan awam, Mewujudkan sebuah universiti penuh di Sandakan, Meningkatkan perkhidmatan kesihatan awam dan Rakyat mencorak kebangkitan Sandakan.

Calon Warisan Plus di Sandakan termasuklah Arunarnsin Taib (N50 Gum-Gum), Prof. Dr. Mahmud Sudin (N51 Sungai Manila), Armani Mahiruddin (N52 Sungai Sibuga), Alias Sani (N53 Sekong), George Hiew (N54 Karamunting), Calvin Chong (N55 Elopura) dan Frankie Poon (N56 Tanjong Papat).

Acara yang menghimpunkan ketujuh-tujuh calon Warisan Plus di Sandakan itu turut dihadiri oleh Veteran DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, wakil-wakil media dan bakal pengundi-pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah nanti.-SM

 

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button