Nasional

WTCKL gembira kerajaan benarkan persidangan, pameran

World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) gembira dengan langkah kerajaan untuk membenarkan program berbentuk mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran (MICE).

Pengarah Eksekutif WTCKL, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim yang mengucapkan terima kasih terhadap tindakan positif kerajaan itu berkata, langkah itu akan menyemarakan lagi sektor ekonomi negara.

“Kami di WTCKL amat gembira dan mengucapkan terima masih kepada kerajaan yang sudi mendengar tuntutan dan harapan agar membenarkan penganjuran program dan majlis termasuk dalam norma baharu sebagaimana beberapa sektor ekonomi yang lain.

“Kita tiada pilihan kecuali menghadapi norma baharu dan strategi baharu bagi memulihkan ekonomi, dan terus bernafas dalam kekangan krisis kesihatan dan ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID-19,” katanya.

Kerajaan semalam mengumumkan kebenaran terhadap program berbentuk daripada keluasan premis atau jumlah pengunjung sebenar.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan berkuat kuasa hari ini.

Irmohizam berkata, keputusan tersebut amat diharapkan oleh sektor terbabit pada waktu yang kritikal ini dengan banyak pihak yang berkepentingan terkesan dengan impak pandemik Covid-19.

“Malah saya juga yakin langkah ini akan membantu sektor-sektor lain yang saling berkaitan dengan sektor pelancongan termasuk penganjuran majlis di Malaysia.

“Saya yakin pengumuman keputusan terbaharu ini akan menjadi pelengkap kepada inisiatif-inisiatif yang telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2021.

“Selain itu, pendekatan gelembung perjalanan atau travel bubble juga diharap akan disegerakan demi manfaat serantau bagi memastikan imej Malaysia sebagai pusat acara perniagaan dunia yang diyakini,” ujarnya.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kepada Jawatankuasa Teknikal semalam.

Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudayaan merangkumi MICE.  Bagi persembahan pentas, ia dibenarkan tetapi tanpa penontoN.-SM

 

 

 

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button