Nasional

WTC KL komited kerjasama WTC seluruh dunia

Pengarah Eksekutif, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) Datuk Seri Irmohizam Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Persatuan Pusat Perdagangan Dunia (WTCA) yang disambut Ahad lalu.
Beliau berkata, WTC KL akan terus komited bekerjasama dengan 320 gabungan WTC dari 86 buah negara dunia.
“Saya berharap kerjasama antara ahli WTC ini akan terus kukuh dalam menjadikan kualiti perkhidmatan pusat pameran dan persidangan ini terus meningkat di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.
Irmohizam turut memberitahu, WTC KL merupakan satu-satunya Pusat Perdagangan Dunia di Malaysia yang diiktiraf WTCA yang beribu pejabat di New York.
Menurutnya lagi, sebagai pusat perdagangan terkemuka, WTC KL turut mendapat kelulusan harta intelektual dan cap dagangan pada 2019.
(Visited 140 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button