Luar Negara

Wordle alih keluar perkataan sensitif, tabu

DALAM permainan yang kini semakin popular iaitu Wordle, beberapa perkataan dengan empat huruf adalah tabu, namun New York Times (NYT) telah menambah beberapa perkataan dengan lima huruf dalam senarai itu dengan mengeluarkannya daripada permainan tersebut.

Wordle telah dibeli oleh akhbar itu bulan selepas popularitinya melonjak di seluruh dunia.

Wordle adalah permainan di mana pemain perlu meneka satu perkataan dengan lima huruf sehari dalam hanya enam percubaan.

Selepas NYT membeli permainan menarik itu daripada penciptanya, Josh Wordle, warganet mula menyedari ia telah mengeluarkan beberapa perkataan daripada permainan itu.

Laman web Boingboing.net melaporkan bahawa perkataan seperti ‘whore’, ‘slave’ dan ‘wench’ telah dialih keluar, manakala istilah yang tidak jelas seperti ‘pupal’ dan ‘agora’ turut dikeluarkan.

“Kami mengemas kini senarai perkataan dari semasa ke semasa untuk membuang perkataan yang tidak jelas bagi memastikan teka-teki itu dapat diakses oleh lebih ramai orang termasuk perkataan sensitif atau perkataan yang boleh menyinggung perasaan,” kata jurucakap NYT, Jordan Cohen kepada AFP.

Wordle kini mempunyai berjuta-juta pengguna di seluruh dunia dan versi dalam pelbagai bahasa juga telah muncul.

NYT berkata, dia membeli permainan itu dengan ‘harga dalam tujuh angka yang tidak didedahkan’ kerana ia berusaha untuk memenangi pelanggan baharu melalui tawaran bukan berita. – SM

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button