Luar Negara

“Hindu mesti bangkit perangi Islam & tawan Kaabah,” – Yati Narsinghanand

Seorang tokoh keagamaan Hindu dari sayap kanan, Yati Narsinghanand Saraswati, mengguris hati Ramadan apabila menyeru seluruh penganut agama Hindu untuk memerangi agama Islam.

Selain memerangi agama Islam, Yati Narsinghanand, 58, turut mengajak seluruh penganut agama Hindu memerangi umat Islam itu sendiri dengan apa-apa cari sekali pun.

Tidak diduga, mesej beliau daripada Ghaziabad, salah sebuah daerah dalam Uttar Pradesh, India disambut ramai penganut agama Hindu dalam negara tersebut atas alasan ‘demi agama’.

Mahu tawan Kaabah

Paling mengguris hati umat Islam dalam bulan Ramadan ini, Narsinghanand turut menggesa penganut agama Hindu untuk menawan Kaabah kerana di situ kononnya terletak kuil Mahadev.

“Bukan hanya Afghanistan, tetapi kita juga harus menawan Mekah. Di sana ada Gangga Mahadev yang mengalir dalam bentuk air zam zam.

“Jika anda tidak menawan Makkeshwar Mandir (Kaabah), tiada kuasa di bumi boleh mengalahkan Islam,” ujarnya yang tidak dapat menerima Islam sebagai agama akhir zaman.

Patuh Pada Perlembagaan Persekutuan

Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang dengan Perkara 3 (1) bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan secara aman dan harmoni.

Sehubungan itu, mana-mana pihak dilarang mengeluarkan perkataan jelek atau mencetuskan kegusaran awam selain tidak gatal tangan membawa elemen luar masuk ke dalam negara berdaulat ini.

(Visited 843 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button