Sukan

Woodball Perlis juarai empat kategori di Kejohanan Woodball Intercity MBSJ

PASUKAN Woodball Perlis menang dengan penuh bergaya apabila menjuarai empat kategori berasingan pada Kejohanan Woodball Intercity Sempena Ulang Tahun ke-2 Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ) dari 27 hingga 30 Oktober 2022 lalu di Laman Woodball Wawasan, Taman Rekreasi Wawasan Puchong, Selangor.

Bagi kategori berpasukan lelaki yang diwakili Abu Hassan Adam, Zulkifli Said, Suhaimi Ahmad dan Mohd Faizal Othman telah muncul sebagai juara.

Diikuti pula oleh Azhar Abdul Wahab yang menjuara kategori individu lelaki manakala Nor Rinda Ramli meraih johan bagi kategori individu wanita.

Johan bagi kategori remaja lelaki pula berjaya dimenangi oleh Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin.

Kategori Khas Gate In One pula turut dimenangi oleh Jasmin Kasa dan Muhammad Aiman Haizad Ariff Fadilah.

Kejayaan pemain woodball Perlis ini telah dipersembahkan oleh Presiden Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs), Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin yang diwakili oleh Timbalannya, Zaharin Haris kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga merupakan Penaung DiRaja PWNPs turut menzahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan pencapaian dan prestasi pasukan yang diberi nama jolokan sebagai ‘The Perlis Woodpeckers’ yang begitu aktif dan komited dengan sukan woodball ini.

Tuanku Syed Faizuddin juga menitahkan agar para pemain woodball di Perlis akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan pencapaian sebegini dikekalkan dan menjadi kebanggaan negeri Perlis.

Titah Baginda, pemain-pemain ini juga dinasihatkan supaya mewar-warkan kepada rakan, jiran dan saudara untuk turun padang bagi memeriahkan sukan woodball ini pada setiap masa.

Sementara itu, Kejohanan Woodball Terbuka Perlis dan Jemputan Antarabangsa 2022 bersekali dengan Sirkit Woodball Kebangsaan Siri Ke-3 Tahun 2022 dijadualkan akan berlangsung dari 25 hingga 27 November 2022 ini di Perlis. – SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button