KebakaranNasional

Wisma Jakel di Shah Alam terbakar lagi tengah malam tadi

KEBAKARAN kedua berlaku di Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, tengah malam tadi. Kali ini menjejaskan stor tirai premis gedung tekstil popular itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 pagi.

Ekoran itu, 43 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal api daripada merebak pada pukul 1.45 pagi.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.07 pagi dan kerja baik pulih sedang dijalankan. Tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran pertama berlaku di bangunan Wisma Jakel lima tingkat, dua hari lalu dipercayai bermula kira-kira pukul 7 pagi berpunca daripada litar pintas.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor telah menggerakkan Unit Anjing Penjejak K9 ke lokasi untuk menjalankan kerja forensik dan mengenal pasti punca kejadian. – SM

 

(Visited 30 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button