Politik

Wirawati PUTRA sokong PeKT ditutup, dana bantu rakyat

KERAJAAN memutuskan untuk menamatkan khidmat anggota Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di seluruh negara mulai hari ini.

Keputusan menutup PeKT setahun lebih awal berbanding penggal yang dijadualkan berakhir 31 Disember tahun ini disokong oleh Wirawati parti PUTRA.

Dalam satu kenyataannya, Naib Ketua Wirawati PUTRA, Nurhafizah Jamalludin berkata, pemakluman penutupan PeKT dibuat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada anggota PeKT di seluruh negara.

“Dalam keadaan negara kini berhadapan dengan cabaran seperti pendamik Covid-19 dan banjir, Wirawati PUTRA menyokong penuh keputusan kerajaan menutup perkhidmatan anggota PeKT,” katanya.

Beliau berkata, lebih baik peruntukan kerajaan bagi tahun 2022 disalurkan kepada sektor-sektor yang lebih kritikal dan lebih menyeluruh untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan banjir yang melanda beberapa negeri di seluruh negara.

Dalam Belanjawan 2022 telah diluluskan sebanyak RM8.57 juta diperuntukkan kepada PeKT dan adalah baiknya jika peruntukkan tersebut disalurkan kepada sektor-sektor kritikal yang memelukan modal untuk membaik pulih ekonomi rakyat dan negara, katanya.

Katanya lagi, jangan dibazirkan wang negara untuk melindungi aktiviti atau kumpulan tertentu yang bersifat ekslusif semata-mata.

“Ini jelas menunjukkan salah guna kuasa dan perbuatan yang tidak bermoral jika ia dibiar begitu sahaja.

“Justeru Wirawati menggesa semua kementerian meneliti mana-mana agensi atau badan yang ditubuhkan tidak lagi relevan seperti PeKT dengan keperluan semasa untuk ditamatkan atau disatukan bersama mana-mana agensi yang bersesuaian bagi mengurangkan kos dan dihalakan peruntukan tersebut kepada agensi yang memerlukan,” ujar beliau.

Wirawati PUTRA berharap berilah perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara dalam situasi negara yang ditimpa musibah banjir. – SM

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button