Politik

Wira Putra kesal isu ceroboh tanah Raub, pembelaan Arwah Adib ambil masa untuk selesai

ISU pencerobohan tanah berkeluasan lebih 4,000 hektar di Raub, Pahang masih belum dapat diselesaikan, malah hal tersebut dikatakan wujud ‘double standard‘.

Justeru, Pergerakan Wira Parti Bumputera Perkasa Malaysia (Putra) kesal dengan kerajaan tidak bertindak awal menyelesaikan isu tersebut yang sudah berlarutan lebih 30 tahun.

Namun, keputusan yang sepatutnya diketahui pada 9 Disember lalu kini ditangguhkan lagi ke 23 Disember digambarkan sebagai kerajaan tidak serius dalam menangani isu pencerobohan tanah.

Malah, dalam hal berkenaan, ‘double standard’ penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah jika dibandingkan kes sama di Perak.

“Yang lebih mengecewakan, 4400 hektar tanah diceroboh langsung tiada tindakan di ambil ke atas kumpulan penceroboh.

“Sedangkan, seorang veteran tentera di Taiping menceroboh tanah sekangkang kera, dipenjara dua tahun dan denda RM50,000.

“Cukup cepat mereka ini dihukum. Kenapa perlu ada double standard? Sedangkan veteran tentera ialah perwira yang telah menyerahkan jiwa raga mempertahankan negara dari anasir luar.

“Kini, ada anasir dalam negara sedang menjarah tanah kita dan dibiar begitu sahaja oleh pemimpin semasa. Jelas sekali maruah bangsa kita sedang dibuli dan dipijak-pijak.”

Demikian ucapan Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abd. Latif dalam ucapan dasarknya ketika persidangan agung sayap di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian kesal dengan kelewatan kerajaan bertindak terhadap isu tersebut sedangkan masalah sedemikian timbul ekoran kelemahan kerajaan sendiri yang tidak bertindak sejak lebih 30 tahun lalu.

Sebelum ini, media melaporkan tanah hutan simpan di Raub itu diteroka secara haram oleh puluhan pekebun bagi menanam pokok durian Musang King.

Dalam pada itu, Wira Putra turut menegur kerajaan kerana masih belum bertindak untuk menangkap dan menghadapkan sekumpulan individu yang menyebabkan kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), Allahyarham Muhammad Adib Kassim.

Katanya, walaupun mahkamah koroner sudahpun mengesahkan punca kematian anggota Bomba Selangor itu adalah disebabkan perbuatan jenayah, namun sehingga kini masih tidak ada tindakan lanjut.

“Sayu hati si bapa minta pembelaan daripada pihak kerajaan, namun tidak diendah dan seperti sengaja dilengahkan.

“Sedangkan mahkamah coroner telah pun memutuskan bahawa kematian beliau adalah akibat perbuatan jenayah dipukul lebih daripada dua orang.

“Wira PUTRA dari awal menyelusuri dan buat pelbagai gesaan bagi memohon pihak berkuasa menuntut keadilan bagi kematiaannya yang cedera dalam melaksanakan tugas rasmi.

“17 Disember ini genap 2 tahun allahyarham pergi meninggalkan keluarga tercinta. Kita berdoa agar keluarganya mendapat pembelaan atas kematian allahyarham dalam kadar segera,” ujarnya. – SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button