Politik

Fokus pada PRN, jangan fikir siapa naik jadi Menteri KPDN

KEPIMPINAN dan akar umbi parti Amanah digesa supaya memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan dan bukannya memikirkan siapakah yang patut menggantikan tempat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, semua pihak dalam parti itu bertanggungjawab memberikan kemenangan kepada calon parti yang bergabung dalam kerajaan perpaduan.

“Jangan memikirkan dahulu siapakah yang akan menggantikan tempat Allahyarham Salahuddin.

“Selepas ini barulah kita akan bincang dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan pengganti kepimpinan yang telah pergi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada PRN 12 Ogos ini, Amanah bertanding di 31 DUN iaitu sembilan kerusi di Kedah dan Selangor, dua di Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan serta tujuh kerusi di Kelantan.

Mohamad turut menggesa mana-mana pihak agar tidak melaga-lagakan Amanah berhubung isu pertukaran menteri.

“Pihak kepimpinan Amanah sendiri akan menguruskan sebaik-baiknya hal berkait pengganti kepimpinan dan masa depan parti mengikut aturan dan amalan kebiasaan parti,” katanya. – SM

BACA DAP terkilan, Amanah kecewa dengan pembahagian kerusi untuk UMNO

BACA Amanah terkejut BN rampas DUN Tepuh

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button