Politik

Wira Putra kesal elaun ‘frontliners’ penjaga agama Islam dipotong

PERGERAKAN Wira Parti Bumiputera Perkasa (Putra) melahirkan rasa kesal terhadap elaun jawatankuasa masjid di Selangor dipotong sehingga 60 peratus.

Pemotongan tersebut dipercayai berpunca daripada penurunan kutipan zakat daripada Lembaga Zakat Selangor sehingga 31 peratus.

Bagaimanapun perkara itu dilihat tidak patut kerana memandangkan Selangor merupakan negeri terkaya di negara ini dan tidak wajar tindakan pemotongan elaun jawatankuasa masjid dipotong.

Malah, alasan penurunan kutipan zakat juga dikatakan tidak relevan untuk membenarkan elaun jawatankuasa masjid dipotong.

“Ini adalah satu penganiayaan kepada lebih kurang 3000 orang ‘frontliners’ yang menjaga agama Islam bagi memastikan masjid terus dihidupkan setiap hari.

“Jawatankuasa masjid adalah penggerak utama bagi pihak Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri yang juga merupakan benteng memastikan rumah ibadat terus diimarahkan.

“Wira PUTRA berasa dukacita dengan berita pemotongan elaun jawatankuasa masjid di Selangor.”

Kata Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pemotongan elaun jawatankuasa masjid dikatakan berjumlah sehingga RM825,000.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan beliau menerima taklimat daripada Pengarah Jabatan Agama Islam dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor.

Beliau kemudian dalam satu kenyataan mengatakan sedia maklum mengenai penyelarasan elaun petugas masjid dan surat yang ditularkan.

Dalam pada itu, Nasrul Ali Hasan menggesa kerajaan Selangor bertindak proaktif terhadap isu tersebut kerana melibatkan kebajikan jawatankuasa surau dan masjid.

“Wira PUTRA menyarankan Menteri Besar Selangor meneliti hal ini dan tubuh pasukan untuk mengkaji impak terhadap AJK Masjid yang terlibat selepas pemotongan ini dikuatkuasakan.

“Sebagai negeri paling maju, Menteri Besar Selangor tidak boleh lepas tangan begitu sahaja

“Oleh itu, adalah wajar dalam ketika pandemik Covid-19 dan PKPP masih berlangsung, kerajaan negeri Selangor menyalurkan peruntukan khas,” gesanya.

Walau bagaimanapun, hal demikian sudahpun diambil maklum oleh Amirudin yang mahu elaun jawatankuasa surau dan masjid ini dikembalikan seperti sedia kala.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri bersedia menanggung pelarasan tersebut dengan implikasi kewangan berjumlah RM3 juta. – SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button