Nasional

Jualan Aidiladha Madani: Bekalan bahan mentah cukup-FAMA

BEKALAN bahan mentah seperti daging, ayam dan sayur-sayuran mencukupi menjelang Hari Raya Aidiladha, Khamis ini, Itu jaminan yang diberi oleh Pengerusi Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkifli .

Beliau berkata, pihaknya memudahkan orang ramai mendapatkan barangan terbabit menerusi jualan khas Aidiladha Madani yang dilancarkan sejak semalam sehingga Rabu depan.

RAKYAT sambut baik Jualan MADANI. – GAMBAR HIASAN – FACEBOOK

“Selain barangan segar seperti daging, ayam dan sayur-sayuran, pengguna juga berpeluang mendapatkan bekalan juadah Aidiladha seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih-muih di Program Jualan Khas Aidiladha Madani ini,” katanya menurut Bernama selepas melancarkan program terbabit di Shah Alam.

Aminuddin berkata, jualan khas itu melibatkan lebih 20,000 usahawan di 203 outlet pemasaran FAMA seluruh negara yang merangkumi Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok (MNS).

Jelasnya, pihaknya menyasarkan nilai jualan sebanyak RM11 juta untuk program terbabit.

“FAMA menyasarkan nilai jualan bagi komoditi ayam sahaja sebanyak RM440,000 bersamaan 30,000 ekor dan komoditi daging bernilai RM220,000 bersamaan 6.2 tan untuk jualan kali ini,” katanya. – SM

BACA FAMA edar 22.6 juta telur melalui 369 outlet pemasaran sejak November lalu

BACA FAMA Perlis pilih masjid lokasi Jualan Agro Madani

(Visited 138 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button