Hiburan

Alif Satar terlibat kemalangan jalan raya di Hartamas

Namun tidak mengalami kecederaan serius

PELAKON dan penyanyi terkenal, Alif Satar terlibat salam satu kemalangan jalan raya petang semalam.

Berita tersebut dikongsi oleh pensohor media sosial yang juga usahawan, Wak Doyok dalam akaun X miliknya.

Dalam gambar yang dikongsi itu menunjukkan Alif, 33, terbaring di atas jalan dan diusung menaiki sebuah ambulans selepas terbabit dalam kemalangan.

“Marilah kita doakan sahabat saya, Alif Satar. Sebentar tadi dia kecelakaan motosikal di depan saya. Alhamdulillah semua baik-baik sahaja,” tulisnya.

Dalam pada itu memetik laporan Kosmo!, Alif terlibat dalam kemalangan ketika perjalanan pulang ke rumah selepas mengerjakan solat Jumaat, petang semalam.

Meskipun keadaan penyanyi, pelakon dan pengacara itu tidak membimbangkan, beliau perlu ditahan di wad di salah sebuah hospital swasta untuk pemantauan lanjut.

“Alif terlibat kemalangan petang tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat Jumaat. Dia naik skuter dan dilanggar sebuah kereta.

“Akibat kemalangan tersebut, Alif mengalami luka-luka dan telah dikejarkan ke hospital oleh orang awam yang menghubungi ambulans,” menurut portal berita itu ketika menghubungi pembatu Alif, Dina.

Kata Dina lagi, kemalangan tersebut telah berlaku berhampiran Istana Negara ketika pelantun Lelaki Seperti Aku itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di Hartamas. – SM

Artikel berkaiatan > Al-Ikhsan, Alif Satar keluarkan Baju Melayu berteknologi pertama di Malaysia

 

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button