Bola SepakSukan

Willian sah sertai Arsenal secara percuma

ARSENAL telahpun melengkapkan perjanjian bagi mendapatkan khidmat Willian menerusi perpindahan secara percuma dari Chelsea, hari ini.

Bintang sayap Brazil itu menurunkan tandatangannya di Emirates selama tiga tahun menerusi pendapatan sebanyak 100,000 pound (RM547,619) seminggu.

Dia menjadi pemain pertama yang ditandatangani Mikel Arteta pada musim panas ini, dengan pengendali Gunners itu mensasarkan untuk merombak secara besar-besaran skuad bimbingannya di Emirates.

“Saya percaya dia merupakan pemain yang mampu menghadirkan perubahan buat kami.

“Kami telah memantau perkembangannya sejak beberapa bulan lalu, kami sememangnya berhasrat untuk mengukuhkan serangan di bahagian tengah kami dan dia merupakan pemain serba boleh di bahagian sayap. Dia juga boleh beraksi dalam tiga atau empat posisi yang berbeza.

“Dia memiliki pengalaman luas dalam bola sepak di peringkat dunia, tetapi masih mempunyai cita-cita untuk datang ke sini dan menyumbang bagi meletakkan kelab di mana sepatutnya kami berada.

“Saya benar-benar kagum dengan hasil rundingan dengannya dan bagaimana berminatnya dia untuk menyertai kami,” kata Arteta.

Willian, 32, mengucapkan selamat tinggal kepada Chelsea selepas Blues hanya menawarkan penyambungan kontrak selama dua tahun.

Dia telah menulis surat terbuka kepada Stamford Bridge selepas mengesahkan pemergiannya pada hujung minggu lepas. – Daily Mirror UK – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button