BeritaNasional

Rakyat terus mengeluh keadaan semasa

SEORANG anak muda yang menjadi pemandu Grab berikutan hilang pekerjaan dua bulan lalu memberitahu ramai dalam kalangan penumpangnya mengadu mengenai kesukaran hidup yang dialami kebelakangan ini.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah pula dengan situasi politik semasa menyebabkan bukan sahaja kos sara hidup semakin meningkat malah peluang pekerjaan juga sangat terhad.

Banyak janji yang diberi gagal ditepati. Pemimpin dilihat hanya sibuk memikirkan cara untuk mengekalkan kuasa daripada menyelami permasalahan rakyat yang hidup kian terhimpit.

Keluhan rakyat itu dikongsi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Berikut kenyataan tersebut:

“Petang ni berkesempatan naik Grab yang dibawa oleh seorang anak muda yang baru dua bulan kehilangan pekerjaan.

“Seperti biasa topik yang menjadi kegemaran tentulah hal ehwal negara semasa. Beliau bercerita betapa ramai penumpang yang dibawanya mengeluh berkenaan dengan keaadan ekonomi semasa.

“Ramai yang makin susah dan mula marah dengan kerajaan PH hari ini, yang hanya banyak berjanji dan berterusan berpolitik tapi tak ada sesuatu yang jelas bermanfaat dirasai rakyat.

“Saya tanya apakah bersedia untuk tukar kerajaan. Dia tak memberikan jawapan tuntas.

“Kesimpulan saya secara ringkas, “rakyat mungkin marah dengan kerajaan hari ini, tetapi belum tentu mereka bersedia untuk kembali kepada BN.

“Yang penting BN harus diperkukuhkan dengan Muafakat Nasional hari ini, dan yang paling utama dilihat berubah untuk menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat. Apa pandangan rakan-rakan semua?”

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button