Luar Negara

China kesan virus Covid-19 pada bungkusan daging lembu dari Brazil

HARI ini, bandar Wuhan di China menemui virus Covid-19 pada bungkusan sekelompok daging lembu Brazil ketika ia meningkatkan ujian ke atas makanan beku minggu ini dalam sebahagian kempen d seluruh negara.

Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan dalam satu kenyataan di laman webnya memaklumkan, ia menemui tiga sampel positif pada luar bungkusan daging lembu beku tanpa tulang dari Brazil.

Daging itu memasuki China melalui pelabuhan Qingdao pada 7 Ogos lalu dan tiba di Wuhan pada 17 Ogos lalu di mana ia kekal dalam kemudahan penyimpanan sejuk sehingga baru-baru ini.

Virus Covid-19 mula muncul di sebuah pasar di bandar Wuhan akhir tahun lalu sebelum merebak ke seluruh dunia.

Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata, kod pendaftaran pengeksport muatan daging itu ialah 2015 yang merujuk sebuah kilang milik Marfrig Global Foods SA berdasarkan carian Reuters.

Marfrig tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut berhubung isu ini.

Katanya, lebih 100 kakitangan di kemudahan Wuhan telah menjalani saringan kesihatan dan 200 sampel persekitaran diambil.

Selepas mengambil langkah drastik membendung penularan virus dalam kalangan penduduknya tahun ini, China memulakan ujian ke atas makanan import untuk virus itu akhir Jun lalu.

Menjelang September, 22 daripada hampir 3 juta sampel dikesan positif tetapi pekerja pelabuhan baru-baru ini didapati dijangkiti virus itu dan ia meningkatkan ujian saringan serta penyahjangkitan ke atas makanan import minggu ini.

Pihak berkuasa China turut menemui Covid-19 pada bungkusan daging lembu Argentina minggu ini dan satu lagi sampel daging lembu import turut dikesan positif di Shandong, kata wilayah itu.

China ialah pembeli daging lembu terbanyak di dunia manakala Brazil dan Argentina pula adalah pembekal terbesar. – SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button