Nasional

Itali yang malang, rakyat Malaysia jangan putus asa

KOMENTAR

ITALI memiliki fasiliti penjagaan kesihatan terbaik dunia. Namun mereka gagal mengawal corona kerana menganggap wabak itu suatu gurauan pada awal-awal dulu.

Kini presidennya menangis kerana sudah tiada ruang untuk mengebumikan pesakit yang mati disebabkan pandemik ini.

Di Milan pada 3 Mac lalu, pemilik bar nya menawarkan minuman percuma untuk setiap pembelian yang dibeli. Ia cubaan untuk menarik pengunjung ketika ada bandar yang dikosongkan di tengah wabak COVID-19 yang sedang menular di negara itu. Tawaran itu selama sebulan.

Di Rom, restoran-restoran berlumba-lumba menjemput orang ramai khususnya pelancong untuk mencuba “carbonaravirus” dalam suasana santai, dengan memilih meneruskan percutian mereka, tetapi bukannya pulang ke rumah. Itu pada minggu pertama Mac.

Pemilik perniagaan bagaimanapun tidak boleh dipersalahkan kerana kebimbangan dari kesan coronavirus mengancam mata pencarian mereka. Tambah lagi para pemimpin Itali memberi mesej yang membingungkan.

Pada 27 Februari, empat hari selepas 11 bandar di utara Itali dikuarantin dan ketika 17 orang meninggal dunia akibat virus itu dengan 650 dijangkiti, Nicola Zingaretti, pemimpin Parti Demokratik, mengembara ke Milan, di mana wilayah Lombardy yang dikenal pasti pusat wabak, bercakap dengan sekumpulan pelajar.

“Kita tidak boleh mengubah tabiat kita.

“Ekonomi kita lebih kuat dari ketakutan, mari kita keluar (rumah) untuk kopi atau makan pizza.” ,” kata Zingaretti di media sosial.

Pada hari sama, Beppe Sala, Datuk Bandar Milan, berkongsi video dengan slogan “Milan tidak berhenti.” Klip itu memaparkan imej orang yang memeluk, makan di restoran, berjalan di taman dan menunggu di stesen kereta api.

Sembilan hari selepas perjalanan ke bandar raya tersebut, dengan waktu itu angka kematian meningkat kepada 233 dengan pengesahan kes 5,883, Zingaretti mengumumkan dia menderita akibat COVID-19.

Semalam, Isnin 23 Mac 2020, Itali melaporkan 602 kematian baharu daripada coronavirus atau COVID-19, menjadikan jumlahnya 6,077 orang – kematian tertinggi di dunia.

Jumlah kematian yang dilaporkan bagaimanapun menurun untuk hari kedua berturut-turut, selepas pada Sabtu mencapai paras tertinggi sepanjang wabak bermula, 793 orang.

“Kami kehilangan kawalan terhadap wabak ini. Kami mati secara fizikal dan mental, kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. Semua penyelesaian di atas dunia telah berakhir. Satu-satunya penyelesaian ialah (dari) langit (Tuhan), “ kata seorang netizen Itali.

Gambar-gambar menyedihkan memaparkan penderitaan rakyat Itali akibat COVID-19 tersebar di seluruh dunia. Antaranya termasuk pesakit-pesakit yang terpaksa dibiarkan di luar hospital kerana keadaan sudah cukup sesak di dalamnya – maka harus diambil iktibar oleh rakyat Malaysia.

Patuhilah secara tegar Perintah Kawalan Pergerakan. StayAtHome sehingga 31 Mac ini. – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button