Luar Negara

WHO mungkin isytihar COVID-19 sebagai pandemik

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) semalam melaporkan, buat pertama kalinya jumlah kes baharu berkaitan dengan penularan wabak COVID-19 yang dilaporkan di luar China, lebih tinggi berbanding dengan kes baharu di negara republik tersebut.

Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, setakat pagi semalam, 78,190 kes direkodkan di China dan angka itu merangkumi 2,781 kes kematian.

Memetik laporan wartawan ISABELLE LEONG, Agensi, di negara-negara lain pula, Dr. Ghebreyesus mengakui, peningkatan kes di luar China mendorong WHO untuk pertimbangan mengisytiharkan wabak tersebut sebagai pandemik walaupun beliau tidak mahu terlalu cepat mengumumkannya.

Beliau menegaskan, pengisytiharan itu akan memberi petanda bahawa WHO tidak mampu lagi untuk mengawal virus tersebut.

Bagaimanapun, katanya, WHO tidak akan teragak-agak untuk mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik sekiranya gambaran mengenai situasi semasa diperoleh.

Dalam perkembangan yang sama, lima wilayah di Republik China telah menurunkan paras tindak balaskecemasan selepas menilai risiko kesihatan yang menurun.

Rantau Mongolia di utara China, barat wilayah Xinjiang, barat daya wilayah Sichuan, timur laut wilahay Jilin dan selatan pulau Hainan, masing-masing telah menurunkan tahap tindak balas kecemasan mereka.

China juga telah mengkuarantin 257 penumpang daripada dua penerbangan dari Korea Selatan, menurut laporan CCTV semalam.

China mengkuarantin 94 penumpang dalam penerbangan dari Seoul selepas mendarat di Nanjing kelmarin dan tiga daripada mereka, ada tanda-tanda atau simptom demam.

Negara Republik itu juga mengkuarantin 163 orang penumpang yang dalam penerbangan dari Korea Selatan menuju ke timur barat Weihai semalam setelah mendapati, lima orang penumpang menunjukkan tanda-tanda demam. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button