
WhatsApp Web Dijangka Menawarkan Ciri Nama Pengguna Sebagai Alternatif Nombor Telefon
WhatsApp sedang membangunkan ciri pengesahan nama pengguna (username) sebagai alternatif kepada nombor telefon dalam versi webnya. Ciri ini bertujuan untuk meningkatkan privasi dengan mengurangkan keperluan penggunaan nombor telefon dalam komunikasi.
Sebelum ini, ciri ini telah dijalankan dalam bentuk ujian pada versi aplikasi, namun masih belum dilancarkan secara rasmi sehingga kini. Jika diperkenalkan kelak, pengguna boleh berinteraksi dan berkomunikasi tanpa perlu berkongsi nombor telefon, sebaliknya menggunakan nama pengguna unik sebagai pengenalan dalam platform tersebut.
Pengguna juga boleh menyemak ketersediaan nama pengguna semasa menaip. Jika nama masih tersedia, tanda semak hijau akan muncul manakala amaran merah akan diberikan sekiranya nama telah digunakan. Sekali lagi ditegaskan bahawa ciri ini masih berada dalam peringkat ujian, dan buat masa ini belum diketahui tarikh penawarannya secara rasmi.
Sumber : Amanz.my