Hiburan

Lagenda klasik ‘Ulek Mayang’ bakal ke layar perak

Kisah Ulek Mayang yang berasal dari Pantai Timur sering menjadi bualan di kalangan Masyarakat melayu tentang kewujudan 7 Puteri yang muncul dari laut lalu mengubati seorang nelayan, bahkan Ulek Mayang ini sering dimainkan di pentas teater mahupun drama tv.

Namun pada kali ini, sebuah Syarikat produksi Langit Terang Production Sdn Bhd bersama Valus Vision International Film Distribution bakal menerbitkan filem Ulek Mayang bergenre Seram dan Cinta.

Syarikat produksi Langit Terang Production Sdn Bhd bersama Valus Vision International Film Distribution bakal menerbitkan filem Ulek Mayang bergenre Seram dan Cinta

Melalui filem Ulek Mayang akan mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian budaya seperti adat resam kaum melayu yang penuh tradisi dari negeri Pantai timur itu.

Menurut penerbit Langit Terang dan penulis skrip, Nur Hussain, dalam filem lagenda klasik ini akan merungkai kisah di sebalik lagu dan tarian dalam penceritaan secara kreativiti.

Langit Terang dan penulis skrip, Nur Hussain

 

“Saya mengambil kisah bagaimana Puteri Mayang Sari apabila dia jatuh cinta dengan seorang manusia iaitu Awang (nelayan) di antara dua dimensi.

“Kita akan cuba buat yang terbaik agar ianya tidak lari daripada fakta, sungguhpun begitu ianya harus di olah dengan sebaik serta di garab sehalus-halusnya agar ianya menepati citarasa penonton”, jelasnya pada sesi sidang di Restoran Rebung.

Bagi Pengarah Filem Bade Hj Azmi, dia sangat teruja untuk mengarahkan filem ini kerana kekuatan jalan cerita kisah tersebut cukup kuat dan mampu menarik orang ramai untuk menonton.

Bade Hj Azmi

“Kekuatan kisah Ulek Mayang pada lagu itu dan semangat Ulek Mayang itu sendiri, dan kita kena buat betul-betul supaya pastikan ia berjaya potensi juga saya lihat sudah ada.

“Ulek Mayang adalah karya rakyat yang diperkisahkan sejak dahulu kala, ia adalah monumen yang perlu kita angkat agar generasi dahulu mahupun masakini terus tahu akan susun galur ‘Ulek Mayang’ itu sendiri”. Ujarnya.

Tambahan Nur Hussein dan Bade masih mencari para pelakon yang sesuai untuk membawakan watak utama dan sudah tentu Terreganu menjadi lokasi wajib untuk lakukan pengembaraan.

Bade turut memberi bayangan antara pelakon-pelakon yang akan menghidupkan ‘Ulek Mayang’, namun ianya belum diputuskan lagi.

“Saya ada beberapa nama dalam kepala namun ianya belum di muktamadkan, namun begitu sepertimana anda sedia maklum, saya akan memberi ruang dan peluang kepada pelakon ‘fresh’ sepertimana yang saya lakukan dalam filem-filem terdahulu contohnya KL Menjerit”.

“Sudah pasti negeri Terengganu akan menjadi antara lokasi wajib penggambaran filem ini. Kita juga telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sewaktu sesi penggambaran di jalankan.

“Kita tidak tahu tapi kita harus percaya bahawa entiti itu wujud. Besarlah harapan saya agar Ulek Mayang dapat dipertontonkan kepada khalayak, bukan hanya peminat filem tempatan tetapi sasaran sebenar saya adalah penonton luar dari Malaysia”. ujarnya.

Sesi ujibakat akan diadakan pada tarikh diumumkan untuk mencungkil bakat-bakat Baharu dalam industri dan akan diumumkan di Instagram dan Tiktok andle ulekmayang_themovie.

Sasaran dalam untuk filem ini agar memupuk rasa perpaduan dan penghargaan terhadap sulaman budaya Pantai Timur serta dapat mempromosikan pelancongan dan pertukaran budaya.

Artikle Berkaitan :>

Pertahan warisan budaya mencerminkan legasi sejarah Negara Merdeka

 

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button