Nasional

Wanita terlibat aktiviti pelacuran ditahan

SEORANG wanita berusia 32 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti persundalan di sebuah rumah di Jalan PJU 3/29, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kimisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, wanita itu ditahan kira-kira pukul 10 malam semalam.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan menemukan pelbagai jenis barang yang disyaki digunakan oleh wanita terbabit unutk melakukan aktiviti persundalan.

“Antara yang dirampas ialah sebuah telefon bimbit, dua bungkusan tisu, sebotol minyak pelincir dan empat keping kondom,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, siasatan lanjut mendapati suspek menggunakan aplikasi ‘Michat’ untuk mencari pelanggan dengan menawarkan harga RM300 sejam untuk aktiviti pelacuran.

Tambahnya, suspek ditahan reman elama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button